SELAMAT HARI RAYA




Saya dan keluarga  mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua guru dan kakitangan pendidikan daerah Gua Musang dan 9 lagi daerah di Kelantan. Tidak lupa juga kepada semua pegawai, staf PPDGM, JPN Kelantan dan semua muslimin dan muslimah  seantero Malaysia ....MAAF ZAHIR DAN BATIN...Semoga riang dan bahagia di Hari Raya...

Majlis Ihya Ramadhan Sektor Psikologi Kaunseling JPN Kelantan

Majlis berbuka puasa keluarga Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kelantan diadakan pada 17 September 2009 (Khamis) bertempat di Dewan PPD Kota Bharu. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Kelantan dan Isteri. Majlis dimulakan dengan ucapan KS Psikologi Kaunseling dan disudahi dengan ucapan oleh Pengarah Pelajaran Kelantan. Majlis diadakan bertujuan untuk mengeratkan perhubungan silaturrahim diantara keluarga pegawai-pegawai kaunseling dari setiap daerah.

Kursus Peningkatan Profesionalisma Pegawai-Pegawai PPDGM 2009



Pegawai-pegawai PPD Gua Musang telah didedahkan tentang cara-cara membina dan menguruskan laman blog. Kursus anjuran PPD tersebut diadakan di Dewan Kenari, Kesedar Inn, Gua Musang pada 16 September 2009. Ia bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 7.00 petang. Di akhir sesi peserta-peserta telah dapat memahami cara membina dan menyelenggara laman blog masing-masing. Ia bertujuan untuk memberi maklumat terkini tentang berita-berita dan pengumuman unit masing-masing. Kursus tersebut di sudahi dengan majlis berbuka puasa di Cafe Kesedar Inn. Sememangnya kursus ini telah memberi pendedahan yang cukup berguna kepada semua peserta. Sebagai penyelaras, diucapkan berbanyak terima kasih terutamanya kepada En. Fadzilah, Penyelia ICT dan 'team' JU beliau yang telah mengendalikan kursus dengan cemerlangnya. Penghargaan dan terimakasih kepada PPD dan Timbalan serta peserta-peserta yang begitu komited dan bersemangat...tidak lupa kpd Wan Din LDP...TQ ALL.

Perkhidmatan Kaunseling PPDGM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua warga pendidik dan kakitangan pendidikan di dalam Daerah Gua Musang.

Selamat bertemu di alam blog. Diharap kita mendapat manfaat bersama. Sememangnya alam siber merupakan medan terbaik untuk kita warga pendidikan daerah Gua Musang untuk berinteraksi secara terus dalam usaha menyampaikan dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari masa ke semasa.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kita ke arah menjadi penjawat awam yang cemerlang.

Kaunseling Untuk Kesejahteraan Semua

Insha Allah...

Salam Cyber

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Selamat Bertemu di alam cyber

Design by Blogger Templates