Unit Psikologi & Kaunseling menyediakan perkhidmatan psikologi & kaunseling kepada guru-guru serta kakitangan perkhidmatan pendidikan. KAUNSELING UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA.
Pengenalan: Pengurusan sumber tenaga manusia adalah aspek penting dalam sesebuah organisasi. Pekerja yang stabil dari segi fizikal dan mental merupakan aset kepada organisasi. Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling membantu ke arah peningkatan potensi individu dan mencapai kecemerlangan organisasi.
Kumpulan sasaran: Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan kakitangan yang berkhidmat di daerah Gua Musang, Kelantan.
Fungsi dan Peranan: 1. Merancang pelan dan strategi perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di PPDGM. 2. Menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok kepada guru dan kakitangan bukan guru yang memerlukan perkhidmatan. 3. Menyelia dan memantau guru dan kakitangan yang menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit mental untuk memohon jawatan POOL. 4. Melaksanakan program 3P (Pencegahan, Pemulihan dan Pengembangan) dan intervensi krisis untuk guru dan kakitangan. 5. Memantau dan menyelaras aktiviti Psikologi dan Kaunseling di peringkat daerah. 6. Melaksanakan kajian, penyelidikan dan aplikasi terhadap guru dan kakitangan dalam pembangunan modal insan.
Etika Kaunselor: -Menerima tanpa syarat -Menjaga kerahsiaan dan kebajikan klien -Mengamalkan kejujuran dan ketulenan
0 comments:
Post a Comment