Kursus Peningkatan Profesionalisma Pegawai-Pegawai PPDGM 2009



Pegawai-pegawai PPD Gua Musang telah didedahkan tentang cara-cara membina dan menguruskan laman blog. Kursus anjuran PPD tersebut diadakan di Dewan Kenari, Kesedar Inn, Gua Musang pada 16 September 2009. Ia bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 7.00 petang. Di akhir sesi peserta-peserta telah dapat memahami cara membina dan menyelenggara laman blog masing-masing. Ia bertujuan untuk memberi maklumat terkini tentang berita-berita dan pengumuman unit masing-masing. Kursus tersebut di sudahi dengan majlis berbuka puasa di Cafe Kesedar Inn. Sememangnya kursus ini telah memberi pendedahan yang cukup berguna kepada semua peserta. Sebagai penyelaras, diucapkan berbanyak terima kasih terutamanya kepada En. Fadzilah, Penyelia ICT dan 'team' JU beliau yang telah mengendalikan kursus dengan cemerlangnya. Penghargaan dan terimakasih kepada PPD dan Timbalan serta peserta-peserta yang begitu komited dan bersemangat...tidak lupa kpd Wan Din LDP...TQ ALL.

0 comments:

Design by Blogger Templates